Monday, 15 April 2019

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktivit-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan memberikan maklum balas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif dapat dicapai melaui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Tujuan merancang sesuatu pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tak membosankan.

ISI-ISI PENTING

PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR
  • penulisan persediaan mengajar
  • persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar
  • persediaan bahan pengajaran
  • persediaan perlatan pengajaran
  • persediaan ruang pengajaran
  • persediaan kemahiran dalam pengajaran

OBJEKTIF PENGAJARAN

1) Objektif implisit (umum/am)
-kata kerja domain kognitif
-kata kerja domain afektif
-kata kerja domain psikomotor

2) Objektif eksplisit (khusus/khas)
-kata kerja domain kognitif
-kata kerja domain afektif
-kata kerja domain psikomotor


BUKU REKOD MENGAJAR

Guru yang mengajar mata pelajaran wajib merekod semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod mengajar. Buku ini menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi rancangan pelajaran tahuanan, rancangan pelajaran harian.



PELAKSANAAN PdPc

-set induksi
-penyampaian isi
-penutup


REFLEKSI PENGAJARAN

Refleksi atau muhasabah dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran. Kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang. Antara aspek refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid, dan keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

KAJIAN TINDAKAN

Guru-guru seharusnya sentiasa bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran demi meningkatkan prestasi mereka. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan kajian tindakan terhadap keberkesanan aktivititi PdPc. Kajian tindakan boleh dijadikan sebagai cara "to investigate questions about their practice and develop workable solutions that improve learning by all" (McNiff, Lomax, & Whitehead, 1996). Kajian tindakan yang dilakukan bukanlah bertujuan membuat generalisasi melainkan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan (Lomax & Zoe 1995). Tujuan kajian tindakan ialah sebagai renungan atau refleksi kepada aktiviti yang sedia ada dan amat tertumpu kepada penyelesaian masalah di bilik darjah.

EMPAT PERINGKAT KAJIAN TINDAKAN

PERINGKAT 1- TINJAUAN
PERINGKAT 2- PERANCANAGAN
PERINGKAT 3-PELAKSANAAN
PERINGKAT 4- RENUNGAN


RUMUSAN

Pengurusan alam pembelajaran amat penting untuk dititiberatkan kepada para gurur agar minat para pelajar utuk belahar dapat dipupuk dengan mudah dan berkesan. Secara tak langsung pemindahan maklumat akan berjalan dengan baik dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. Oleh itu, terbuktilah pengurusan dalam kelas penting kerana ianya dapat membantu kelangsungan proses pPdPc. Hal ini dapat mengurangkan malsah yang timbul.


RUJUKAN

-Zahari Suppian, pengurusan alam pembelajaran, 2019. nota KPS3014
-http://eprints.utm.my/id/eprint/31564/5/HasfarinaAbasMFP2012.pdf
-http://library.oum.edu.my/repository/725/2/Chapter_1.pdf

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sekolah ialah tempat untuk belajar dan mengajar selain itu juga merupakan tempat menerima dan memberi pelajaran. Oleh itu, segala ilmu pengetahuan diperoleh di sekolah. Sekolah juga merupakan sebuah bangunan yang berfungsi untuk memebrikan pendidikan serta ilmu pengetahuan kepada semua insan yang menuntut ilmu di situ. Manakala persekitaran pula merujuk kepada keadaan sekeliling atau keadaan yang menjadi latar belakang. Sekolah perlulah mempunyai sikap 3 dimensi di mana sekolah perlu bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat. Selain itu, sekolah perlulah mempunyai objektif yang sama. sekiranya sekolah ingin mencapai sesuatu objektif seperti ingin memajukan akademik pelajar, maka ibu bapa juga perlu berusaha membantu pihak sekolah seperti menyuruh anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh dengan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Jelaslah dengan adanya kerjasama antara ibu bapa dan masyarakat maka sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif.

ISI-ISI PENTING

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH

-Di sekolah, 3 pihak terlibat secara langsung dalam jalinan interaksi iaitu pihak pentadbir, guru dan murid.
- Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, komuniti dalam masyarakat.
- Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
-Contohnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik dan gender.
-Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid.
-Situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan bagi interaksi dalam sekolah. Contohnya, pengetua haruslah mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru begitu juga sebaliknya.


HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK LUAR SEKOLAH

-Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan ibu bapa, penjaga, komuniti dalam masyarakat.
-Pengetua perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah dan dibantu guru-guru lain di sekolah.
-Interaksi dalam PIBG dapat membantu menjayakan program yang dijalankan di sekolah.



PERKONGSIAN PINTAR

Hubungan 3 dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
- mencapai maklumat atau objektif yang sama.
-gabungan startegik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat
-perlu ada hubungan yang mantap

MATLAMAT PERKONGSIAN

-sekolah sebagai institusi sosial tidak wujud bersendirian.
-sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham)
-memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dengan masyarakat dalam mengatasinya.

KEPENTINGAN PERKONGSIAN

-Masyarakat dan sekolah saling memerlukan
- Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
-Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga.
-Budaya adalah hak masyarakat

HUBUNGAN SEKOLAH DAN IBU BAPA (PIBG)
  • ibu bapa merupakan role model kepada anak
  • salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah orang tengah antara guru dan ibu bapa.
  • tindakan PIBG membela nasib guru
  • hubungan yang mesra mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru
  • perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi
  • kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu alukan
  • penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar
  • PIBG adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sekolah
  • pengurusan PIBG di sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah
  • pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang
  • pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan
  • menambah dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan
  • satu startegi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.
RUMUSAN

Kesimpulannya, PIBG memainkan peranan yang penting dalam sesebuah sekolah. Hubungan yang erat diantara sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk menjamin kelangsungan hubungan yang harmoni. Ia juga dapat meningkatkan nama dan prestasi sesebuah sekolah kerana berjaya melahirkan murid yang cemerlang. Dengan adanya hubungan yang mesra ini, antara ibu bapa dan masyarakat sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bermutu dan berjaya mengharumkan nama sekolah. Mereka perlulah bersama-sama berganding bahu agar objektif yang ditetapkan tercapai.

RUJUKAN

-Zahari Suppian, sekolah dan persekitaran, 2019, Nota KPS3014
-https://www.academia.edu/4872092/Peranan_dan_Tanggungjawab_Sekolah_Terhadap_Masyarakat
https://www.academia.edu/31692754/A_8_PENGARUH_PERSEKITARAN_FIZIKAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN

Sunday, 14 April 2019

TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENDAHULUAN

Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran dan lain-lain yang berpunca daripada kesihatan serta termasuklah pelajar uang memiliki pelbagai upaya. Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan bahawa kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti melukis, menyanyi dan sebagainya.

ISI-ISI PENTING

   Pengurusan murid pelbagai upaya berfokus kepada tiga topik perbincangan iaitu pemulihan, penggayaan dan pelbagai kecerdasan. Program pemlihan merupakan "satu program pendidikan disediakan untuk muriid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus". Murid pemulihan merupakan "Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif".Pemulihan mengutamakan prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat das gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Melalui program pemulihan khas, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Ciri-ciri kanak pemulihan ialah rendah diri, pasif, mengganggu rakan, kerap tidak hadir sekolah, malas dan cepat bosan.

    Seterusnya ialah pengayaan. Pengayaan ialah memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Konsepnya ialah melibatkan murid-murid yang berpencapain melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan melaui aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru tahap minima. Ada dua jenis pengayaan iaitu pengayaan mendatar dan menegak.

Image result for penggayaan mendatar dan menegak

    Disamping itu, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya ialah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik badan, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan ruang visual, kecerdasan naturalis, dan kecerdasan eksistensialis. Sebenarnya murid yang pelbagai upaya ini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdasan berbeza bergantung kepada diri masing-masing. Mereka boleh digabungkan sekali dalam kelompok yang sama dengan orang lain. Apa yang penting ialah guru perlu memberikan perhatian yang khusus kepada golongan ini. 


RUMUSAN

Kesimpulannya, pelajar-pelajar yang pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuia, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensi mereka. Walau bagaimanapun kanak-kanak normal pintar cerdas tidak seharusnyadiasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh diwujudkan secara pengasiangan sosial kepada mereka.


RUJUKAN

-Zahari Suppian, pengurusan murid pelbagai upaya, 2019, nota KPS3014
-https://www.scribd.com/doc/187975109/PENGURUSAN-PELBAGAI-UPAYA

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


PENGENALAN

Kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah amat penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberikan implikasi kepada semua warga sekolah. Pengurusan pelbagai budaya penting dalam memastikan guru dan pelajar menambah ilmu pengetahuan , amalan profesion keguruan meningkat dan produktiviti bertambah. Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).

ISI-ISI PENTING

TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA

a) Melting pot 1: Anglo Conformity

  • masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaiytu kumpulan majoriti dan mminoriti. Contohnya, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut  agama golongan majoriti.
b) Melting pot 2: Synthesis
  • setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang , disatukan dalam satu wadah dan seterusnya membentuk wadah baru dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota msyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat.
c)Cultural Pluralism: Mosaic analogy
  • masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks,1989). pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau startegi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui bahaa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997). Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap.

TIGA ASPEK YANG DAPAT DILIHAT DALAM PENDIDIKAN BUDAYA

-aspek konsep
-aspek gerakan
-aspek proses

DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

a) Content integration
b) The knowledge construction process
c)An equity pedagody
d) Prejudice reduction
e) An empowering school culture and society

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN

Pendidikan pelbagai budaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses (Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan pelbagai budaya mencuba untuk mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar dari golongan, kaum, sosio ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolaah agar ia dapat menunjukkan kepelbagaian budaya dan golongan dalam sekolah dan sosial.

CONTOH BUDAYA DI SEKOLAH
-budaya belajar
-budaya berpakaian
-budaya hormat menghormati
-budaya berani menyoal
-budaya membaca
-budaya penyayang

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU
  • Guru boleh menjadi agen yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya dengan menggunakan budaya dari kaum masing-masing di mana mengajarkan tentang budaya kepada semua pelajar.
  • seorang guru juga kana lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya dengan mengamalkan sikap tidak berprasangka atau prejudis serta berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat.
PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH 

-kelab rukun negara
-kem perpaduan
-program silang budaya
-kelab bahasa ke3


RUMUSAN

Kesimpulannya, dalam bab 11 ini, pengurusan pelbagai budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dlam masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Oleh itu, hubungan yang lebih erat dan harmoni dapat diwujudkan semasa proses interaksi. Dalam bab ini juga menceritakan bagaimana fungsi budaya dalam pendidikan dan bagaimana perkaitan pendidikan dan budaya yang mampu memberi kesan kepada murid-murid. Seterusnya tentang bagaimana budaya mampu mewujudkan keharmoniaan di sekolah mahupun dalam masyarakat.


RUJUKAN

-Zahari Suppian, Pengurusan pelbagai budaya, 2019, nota KPS3014
-http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=73569
-https://www.moe.gov.my/index.php/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/1326-jurnal-penyelidikan-pendidikan-2017-jilid-18/file

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENDAHULUAN

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong orang lain dengan sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ianya dijalankan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan secara menyeluruh. Pertemuan dengan klien adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan kepada Etika Kaunseling. Bimbingan adalah sebhagian daripada program untuk membantu individu bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, ia juga memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah.
Menurut Zuraidah, 1994, konsep memberi nasihat ialah strategi untuk menyelsaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Penasihatan didefinisikan sebagai mengkehendaki sesuatu kebaikan bagi orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan mahupun tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajar.

ISI-ISI PENTING

Antara isi penting yang terdapat dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan pensihatan. Fasa pertama ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.

Fasa kedua ialah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan ialah kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan kemahiran mendengar, kemahiran lisan dan bukan lisan, kemahiran mengenal pasti pelajar bermasalah dan kemahiran yang terakhir ialah kemahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Penguasaan kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.

Fasa ketiga ialah proses mengenal pelajar. Guru-guru dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Secara umumnya pelajar memerlukan bimbingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu pelajar secra sukarela,pelajar di bawah pemerhatian dan pelajar yang dikenalpasti oleh guru sebagai memerlukan bantuan. Antara teknik yang digunakan untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

Fasa keempat ialah proses membimbing pelajar. Pelajar akan dibimbing dengan tiga cara iaitu bimbingan individu, berkelompok dan konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Pelajar ini memerlukan perhatian yang khusus. Oleh itu guru pembimbing dapat mendekati pelajar dengan cara bimbingan secara individu agar pelajar diberi perhatian sepenuhnya.  Jika berkelompok pula, bagi pelajar yang mempunyai masalah yang sama. 

Fasa kelima ialah analisis penilaian. Fasa ini melihat keberkesanan perhubungan bimbingan dan penasihatan iyu sama ada berkesann atau tak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada 2 kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Kepuusan dari frasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

RUMUSAN

Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling amat menitikberatkan perkembangan individu dari segi masa dan bidang. Seoorang guru bukan hanya berfungsi sebagai pendidik sahaja malah mereka juga sebagai pembimbing di sekolah kerana sekiranya pelajar mempunyai masalah, guru perlu membantu menyelesaikan masalah tersebut. Namun, pelbagai aspek perlu diambil kira ketika memberi kaunseling dan bimbingan dengan mematuhi kod etika bimbingan dan kaunseling. Guru perlu bersikap profesional dalam menangani masalah pelajar agar mereka dapat memberikan kerjasama sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

RUJUKAN

-Zahari Suppian, pengurusan penasihatan murid, 2019, nota KPS3014
-https://www.slideshare.net/rosdiramli80/pengurusan-penasihatan-murid-pengurusan-pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-kepimpinan-guru-tugasan-kumpulan-sem-1uthm

Saturday, 13 April 2019

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENDAHULUAN 

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seorang murid. Menghormati  mematuhi kehendak undang-undang. Terdapat beberapa cara disiplin disiplin dijalankan antaranya mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam dan peperiksaan. Menurut (Foucault 1977), disiplin ialah suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Selain itu wajar diikuti oleh murid dan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna.

ISI-ISI PENTING

TEORI PUNCA SALAH LAKU PELAJAR


FUNGSIONALISME- berfungsi pada struktur sosial dan satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan

KONFLIK-tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas, tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa

INTERAKSIONISME- pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka. Contohnya pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.


Jenis-jenis devian
  • inovasi
  • ritual
  • undur
  • menentang

Punca Devian
  • kelas sosial- mereka melakukan tingkah laku bertenatngan dengan apa yang dikehendaki di sekolah. Kelas sosial dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk, tidak mementingkan kelulusan akademik dan ingin segera menceburi sektor pekerjaan bagi mendapatkan wang.
  • Jantina- lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, ponteng, samseng dan vandalisme. Pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandalisme dan berpasangan.

Prosedur disiplin dan salah laku
  • Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasakan teguran, nasihat dan kaunseling. Dianngap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh durkheim.
  • Pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.
  • Sekolah sebgaai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat mikro.
  • Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar  mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka.

RUMUSAN

Kesimpulannya, guru hendaklah menangani masalah devian yang berlaku dalam kalangan pelajar. Guru juga memainkan peranan penting dalam mencorak tingkah laku serta disiplin anak murid mereka agar mereka mematuhi peraturan sekolah. Murid juga memerlukan perhatian yang tidak berbelah bagi kerana setiap murid berhak mendaptkannya. Secara tak langsung, tingkah laku pelajar dapat ditingkatkan.


RUJUKAN

-https://www.scribd.com/presentation/393378177/Folio-Kps-Bab-9-12-Dan-14
-Zahari Suppian, bab 9 pengurusan tingkah laku dan disiplin, 2019, nota KPS3014.

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai satu tindakan dan startegi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan, guru perlu mempunyai satu kemahiran dalam pengurusan bilik darjah dan mereka perlu mengembangkannya kerana ianya amat penting. Umumnya, pengurusan bilik darjah bertujuan untuk mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut (Richards,1990), pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang dirancang oleh guru untuk memudahkan proses PdPc di dalam bilik darjah yang merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunana susun atur atau meja dan kerusi serta masa yang diperuntukan bagi satu subjek pembelajaran. Ianya melibatkan interaksi antara guru dan pelajar.

ISI-ISI PENTING

Antara isi penting yang terdapat dalam tajuk ini:

Konsep bilik darjah

  • Dahulu-lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap bilik darjah. Tempat mengaji dan surau juga dianggap bilik darjah.
  • Sekarang-sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan untuk pelajar pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah.
Jenis Bilik Darjah
  • bilik darjah tradisi
  • bilik darjah terbuka
  • bilik darjah mata pelajaran khas
Penyusunan bilik darjah- amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang ssuatu pembelajaran.

Tempat duduk pelajar- Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi mengelakkan berlaku kekeliruan sewaktu belajar.

Meja guru- meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas, guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi membantu dalam proses pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah- a) kegiatan rutin bilik darjah
                                        b) faedah rutin bilik darjah

Kegiatan rutin bilik darjah
Dalam menjalankan rutin bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah. Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan. Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati. Guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya. Memilih rutin yang paling sesuai dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.

Faedah rutin bilik darjah
  • memberi rangsangan
  • menjelaskan penerangan
  • mempelbagaikan kegiatan
  • menyeronokkan pelajar
Interaksi dalam bilik darjah

Konsep interaksi
Satu proses saling bertindak yang berlaku diantara sekurang-kurangnya dua orang pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.

Jenis interaksi bercorak lisan
  • Interaksi sehala atau tradisional
  • Interaksi dua hala antara guru dan murid
  • Interaksi dua hala antara murid dan murid
  • Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
  • Interaksi komputer
RUMUSAN

Kesimpulannya, dengan adanya pengurusan biik pembelajaran yang berkesan, maka murid-murid dapat menumpukan perhatian dalam PdPc kerana persekitaran pembelajaran yang kondusif dan fizikal pembelajaran yang baik. Pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan para guru menjalankan PdPc dengnan berkesan dan lancar.

RUJUKAN

-Zahari Suppian, Strategi mengurus bilik darjah, 2009, nota KPS3014
-https://www.slideshare.net/jesycanandoh/kps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-dajah