Saturday, 13 April 2019

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai satu tindakan dan startegi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan, guru perlu mempunyai satu kemahiran dalam pengurusan bilik darjah dan mereka perlu mengembangkannya kerana ianya amat penting. Umumnya, pengurusan bilik darjah bertujuan untuk mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut (Richards,1990), pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang dirancang oleh guru untuk memudahkan proses PdPc di dalam bilik darjah yang merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunana susun atur atau meja dan kerusi serta masa yang diperuntukan bagi satu subjek pembelajaran. Ianya melibatkan interaksi antara guru dan pelajar.

ISI-ISI PENTING

Antara isi penting yang terdapat dalam tajuk ini:

Konsep bilik darjah

  • Dahulu-lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap bilik darjah. Tempat mengaji dan surau juga dianggap bilik darjah.
  • Sekarang-sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah juga dianggap sebagai bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan untuk pelajar pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah.
Jenis Bilik Darjah
  • bilik darjah tradisi
  • bilik darjah terbuka
  • bilik darjah mata pelajaran khas
Penyusunan bilik darjah- amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang ssuatu pembelajaran.

Tempat duduk pelajar- Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi mengelakkan berlaku kekeliruan sewaktu belajar.

Meja guru- meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas, guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi membantu dalam proses pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah- a) kegiatan rutin bilik darjah
                                        b) faedah rutin bilik darjah

Kegiatan rutin bilik darjah
Dalam menjalankan rutin bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah. Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan. Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati. Guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya. Memilih rutin yang paling sesuai dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.

Faedah rutin bilik darjah
  • memberi rangsangan
  • menjelaskan penerangan
  • mempelbagaikan kegiatan
  • menyeronokkan pelajar
Interaksi dalam bilik darjah

Konsep interaksi
Satu proses saling bertindak yang berlaku diantara sekurang-kurangnya dua orang pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.

Jenis interaksi bercorak lisan
  • Interaksi sehala atau tradisional
  • Interaksi dua hala antara guru dan murid
  • Interaksi dua hala antara murid dan murid
  • Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
  • Interaksi komputer
RUMUSAN

Kesimpulannya, dengan adanya pengurusan biik pembelajaran yang berkesan, maka murid-murid dapat menumpukan perhatian dalam PdPc kerana persekitaran pembelajaran yang kondusif dan fizikal pembelajaran yang baik. Pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan para guru menjalankan PdPc dengnan berkesan dan lancar.

RUJUKAN

-Zahari Suppian, Strategi mengurus bilik darjah, 2009, nota KPS3014
-https://www.slideshare.net/jesycanandoh/kps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-dajah







No comments:

Post a Comment