Friday, 12 April 2019

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID

PENDAHULUAN

Pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campurtangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Murid pula merujuk kepada sesorang yang menuntut ilmu, sesorang yang masih berada di alam persekolahan dan menuntut ilmu melaui guru di sekolah. Murid atau peserta didk adalah orang yang mempunyai potensi asas yang perlu dikembangkan melalui pendidikan tidak kira sama ada melalui fizikal atau mental dan sama ada pendidikan itu di linkungan keluarga, sekolah mahupun masyarakat di mana-mana kanak-kanak berada. Pengurusan didefinisikan sebagai salah satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal dengan tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

ISI-ISI PENTING

Antara jenis kesediaan belajar:

a) Kesediaan kognitif
-berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

b)Kesediaan afektif
-merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.

c) Kesediaan Psikomotor
-merujuk kepada potensi kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru. Selain itu juga merujuk kepada penguasaan kemahiran fizikal merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak di dalam seluruh tubuh badan. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.

Kaedah dalam menguruskan rekod murid:

a) Sistem maklumat murid berkomputer
-pada tahun 2000 sistem ini diperkenalkan. Ia mengandungi senarai rekod murid kesihatan, rekod rancangan maakanan tambahan (RMT), rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian, dan kemudaham mendaftar untuk murid. Dikenali sebagai sistem maklumat murid (SMM).

b) Pentaksiran berasakan sekolah
-dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

c) Sistem laporan adab belajar
-Sistem laporan dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari 2001 disebabkan daripada Kementerian Pendidikan mencadangkannya pada tahun 2003. Tujuannya adalah untuk menilai murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik mereka malah mereka juga seharusnya dinilai secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. Penilaian dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

Tujuan Pengurusan Rekod Murid
  • sebagai panduan kepada pelajar untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
  • menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI).
  • memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah.
  • mengetahui perkembangan akdemik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.
  • sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
  • kemaskini profil murid.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan rekod murid amat penting dalam sistem pentadbiran di sekolah kerana melalui pengurusan rekod pentadbiran sekolah akan berjalan lancar. Pengurusan murid jug merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pelaksanaanya di sesebuah sekolah akan mencerminkan prestasi sekolah. Penilaian yang sempurna dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran yang dapat dikenal pasti di peringkat awal. Oleh itu setiap komuniti di sekolah memainkan peranan mereka terutama dalam proses pemjagaan rekod murid.

RUJUKAN

-Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), https://www.moe.gov.my.
-Zahari Suppian (2018) pengurusan murid, nota KPS3014





No comments:

Post a Comment