Friday, 12 April 2019

TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI SEKOLAH

PENDAHULUAN

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan, perbadanan untuk tujuan-tujuan  tertentu seperti kepentingan bersama dan sebagainya. Kepimpinan  adalah seni untuk mempengaruhi dan membimbing seseorang demi mencapai tujuan dengan menggunakan cara dan seni tersendiri. Robert Kreither berpendapat bahawa keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan kepada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pelerjaan yang terarah kepada tujuan organisasi. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa). organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misis ke depan. Organisasi di sekolah membantu pengurusan untuk menciptakan sebuah keadaan yang efektif di sekolah. Dengan adanya organisasi sekolah, sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid dan sebagainya.

ISI PENTING

ORGANISASI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH

-PENGETUA

  • Pemimpin
  • Pengurus kurikulum dan kokurikulum
  • Pengurusan dalaman dan luaran
  • Pengurusan tenaga pengajar dan kakitangan 
-PENOLONG KANAN
  • Mengajar
  • Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
  • Bantu dalam pentadbiran harian
-PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
  • Mengajar
  • Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
  • Perhubungan awam
  • Pentadbiran harian
-KAUNSELOR
  • Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada
  • Memahami sikap
  • Minat,bakat, kebolehan
  • Peluang-peluang untuk penyempurnaan diri
-GURU
  • Mengajar
  • Membuat perancangan PdPc
  • Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
  • Mentadbir dan mengurus bilik darjah

GAYA KEPIMPINAN

a) Gaya kepimpinan autokratik
Gaya kepimpinan autokratik adalah lebih mengutamakan kehendak kerja dan menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa seseorang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang telah diberikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antra pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan hanya ingin pendapatnya diterima. Pemimpin ini kebiasaanya suka memarahi orang lain, tegas dan garang namun hasil tugasan akan lebih baik dan sempurna.

b) Gaya kepimpinan demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah lebih liberal. Kepimpinan jenis ini lebih bersikap terbuka dan amat disenangi orang bawahan pimpinan. Ketua akan berbincang, bertukar pendapat dan membuat keputusan. Ketua mampu meneima kritikan dan pendapat orang bawahan dengan hati dan minda yang terbuka. Ketua berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan bersikap matang agar hubungan yang erat dapat dijalinkan. Hal ini kerana ketua mementingkan hubungan sesama ahli.

c) Gaya kepimpinan Kontegensi
Kepimpinan kotegensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi. Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Kepimpinan adalah mengikut situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan berbeza. Contoh situasi: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.

d) Gaya kepimpinan Laissez-Faire 
Kepimpinan jenis ini bertentangan dengan autokratik. Memberi kebebasab, kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberi pandangan. Kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti.
Pengetua berperanan sebagai pemerhati sayap. Panadang guru juga diterima melalui gaya kepimpinan ini.

KESIMPULAN

Kepimpinan dan organisasi amat penting dalam sebuah sekolah. Hali ini dikatakan demikian kerana ia merupakan penggerak pentadbiran dan kejayaan bagi sekolah tersebut. Ia juga merupakan badan yang akan menyelaraskan pentadbiran disekolah tersebut agar teratur dan berdisiplin.

RUJUKAN

-https://www.academia.edu/13180603/KEPEMIMPINAN_DAN_PERILAKU_ORGANISASI 
- Zahari Supian (2019) Nota KPS3014
-https://www.slideshare.net/sitinasuha739/organisasi-kepimpinan

No comments:

Post a Comment