Sunday, 14 April 2019

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENDAHULUAN

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong orang lain dengan sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ianya dijalankan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan secara menyeluruh. Pertemuan dengan klien adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan kepada Etika Kaunseling. Bimbingan adalah sebhagian daripada program untuk membantu individu bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, ia juga memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah.
Menurut Zuraidah, 1994, konsep memberi nasihat ialah strategi untuk menyelsaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Penasihatan didefinisikan sebagai mengkehendaki sesuatu kebaikan bagi orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan mahupun tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajar.

ISI-ISI PENTING

Antara isi penting yang terdapat dalam topik ini ialah terdapat beberapa proses bimbingan dan pensihatan. Fasa pertama ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.

Fasa kedua ialah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan ialah kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan kemahiran mendengar, kemahiran lisan dan bukan lisan, kemahiran mengenal pasti pelajar bermasalah dan kemahiran yang terakhir ialah kemahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Penguasaan kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.

Fasa ketiga ialah proses mengenal pelajar. Guru-guru dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Secara umumnya pelajar memerlukan bimbingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu pelajar secra sukarela,pelajar di bawah pemerhatian dan pelajar yang dikenalpasti oleh guru sebagai memerlukan bantuan. Antara teknik yang digunakan untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

Fasa keempat ialah proses membimbing pelajar. Pelajar akan dibimbing dengan tiga cara iaitu bimbingan individu, berkelompok dan konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Pelajar ini memerlukan perhatian yang khusus. Oleh itu guru pembimbing dapat mendekati pelajar dengan cara bimbingan secara individu agar pelajar diberi perhatian sepenuhnya.  Jika berkelompok pula, bagi pelajar yang mempunyai masalah yang sama. 

Fasa kelima ialah analisis penilaian. Fasa ini melihat keberkesanan perhubungan bimbingan dan penasihatan iyu sama ada berkesann atau tak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada 2 kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Kepuusan dari frasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

RUMUSAN

Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling amat menitikberatkan perkembangan individu dari segi masa dan bidang. Seoorang guru bukan hanya berfungsi sebagai pendidik sahaja malah mereka juga sebagai pembimbing di sekolah kerana sekiranya pelajar mempunyai masalah, guru perlu membantu menyelesaikan masalah tersebut. Namun, pelbagai aspek perlu diambil kira ketika memberi kaunseling dan bimbingan dengan mematuhi kod etika bimbingan dan kaunseling. Guru perlu bersikap profesional dalam menangani masalah pelajar agar mereka dapat memberikan kerjasama sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

RUJUKAN

-Zahari Suppian, pengurusan penasihatan murid, 2019, nota KPS3014
-https://www.slideshare.net/rosdiramli80/pengurusan-penasihatan-murid-pengurusan-pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-kepimpinan-guru-tugasan-kumpulan-sem-1uthm

No comments:

Post a Comment