Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seorang murid. Menghormati mematuhi kehendak undang-undang. Terdapat beberapa cara disiplin disiplin dijalankan antaranya mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam dan peperiksaan. Menurut (Foucault 1977), disiplin ialah suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki. Selain itu wajar diikuti oleh murid dan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna.
ISI-ISI PENTING
TEORI PUNCA SALAH LAKU PELAJAR
FUNGSIONALISME- berfungsi pada struktur sosial dan satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan
KONFLIK-tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas, tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa
INTERAKSIONISME- pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka. Contohnya pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.
Jenis-jenis devian
- inovasi
- ritual
- undur
- menentang
Punca Devian
- kelas sosial- mereka melakukan tingkah laku bertenatngan dengan apa yang dikehendaki di sekolah. Kelas sosial dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk, tidak mementingkan kelulusan akademik dan ingin segera menceburi sektor pekerjaan bagi mendapatkan wang.
- Jantina- lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, ponteng, samseng dan vandalisme. Pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandalisme dan berpasangan.
Prosedur disiplin dan salah laku
- Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasakan teguran, nasihat dan kaunseling. Dianngap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh durkheim.
- Pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.
- Sekolah sebgaai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat mikro.
- Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka.
RUMUSAN
Kesimpulannya, guru hendaklah menangani masalah devian yang berlaku dalam kalangan pelajar. Guru juga memainkan peranan penting dalam mencorak tingkah laku serta disiplin anak murid mereka agar mereka mematuhi peraturan sekolah. Murid juga memerlukan perhatian yang tidak berbelah bagi kerana setiap murid berhak mendaptkannya. Secara tak langsung, tingkah laku pelajar dapat ditingkatkan.
RUJUKAN
-https://www.scribd.com/presentation/393378177/Folio-Kps-Bab-9-12-Dan-14
-Zahari Suppian, bab 9 pengurusan tingkah laku dan disiplin, 2019, nota KPS3014.
No comments:
Post a Comment