Tuesday, 9 April 2019

TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau perlaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).

ISI PENTING

Kepentingan pengurusan pembelajaran
-berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
-berfungsi dalam menyampaikan ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
-mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
-meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan

Konsep Mengurus Pembelajaran

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah:
a) Merancang
b) Mengelola
c) Mengawal
d) Mengarah

Proses dan Kepentingan
-persediaan rancangan kerja
-pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
-fungsi pelaksanaan pelajaran
-kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran

FUNGSI PEMBELAJARAN

Menurut Bnejamin S Bloom 'pembelajaran yang didapati oleh manusia boleh diklasifikasikan kepasa 3 bidang utama iaitu:

1) Bidang Kognitif

  • Melibatkan aspek intelektual iaitu pengetahuan/maklumat, pengertian dan pemikiran.
  • Berkembang dari pengetahuan yang mudah kepada paras kegiatan mental yang lebih tinggi.
  • Ada enam elemen taksonomi Bloom iaitu:
    - Pengetahuan, kefahaman, aplikasi ( pemikiran aras rendah)
    - Analisis, sintesis, penilaian (pemikiran aras tinggi)
2) Bidang Psikomotor
  • Psikomotor melibatkan fungsi otot dan kekuatan fizikal 
  • Berkaitan dengan aktiviti menulis, memukul dan lain-lain
  • Antara aspek penilaian psikomotor
    -meniru
    -menyusun
    -melakukan dengan prosedur
    -melakukan dengan baik dan tepat
    -melakukan tindakan secara alami
3) Bidang Afektif
  • Objektif berhubung dengan sikap, penikmatan, nilai dan emosi
  • Pembelajaran akan tercapai sekiranya pelajar dapat membentuk sikap positif. Mengikut Davi R.Krathworth dan rakan-rakan (1964), ada 5 domain afektif
  • Domain afektif:
    -menerima
    -bertindak balas
    -menilai
    -mengelola
    -perwatakan

RUMUSAN

Sebagai rumusannya, pengurusan dan pembelajaran yang afektif amatlah penting untuk menjalankan proses PdPc agar berjalan lancar dan berkesan. Selain itu, ibu bapa dan guru juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan untuk membantu meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran pelajar.



RUJUKAN

Zahari Suppian (2019), interaksi dan pembelajaran, nota KPS3014
https://www.slideshare.net/1232747313/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar-kps3014
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2006_6821_c4fb542e88464b9fb0563ede517a9d34.pdf

No comments:

Post a Comment