Monday, 15 April 2019

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sekolah ialah tempat untuk belajar dan mengajar selain itu juga merupakan tempat menerima dan memberi pelajaran. Oleh itu, segala ilmu pengetahuan diperoleh di sekolah. Sekolah juga merupakan sebuah bangunan yang berfungsi untuk memebrikan pendidikan serta ilmu pengetahuan kepada semua insan yang menuntut ilmu di situ. Manakala persekitaran pula merujuk kepada keadaan sekeliling atau keadaan yang menjadi latar belakang. Sekolah perlulah mempunyai sikap 3 dimensi di mana sekolah perlu bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat. Selain itu, sekolah perlulah mempunyai objektif yang sama. sekiranya sekolah ingin mencapai sesuatu objektif seperti ingin memajukan akademik pelajar, maka ibu bapa juga perlu berusaha membantu pihak sekolah seperti menyuruh anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh dengan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Jelaslah dengan adanya kerjasama antara ibu bapa dan masyarakat maka sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif.

ISI-ISI PENTING

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH

-Di sekolah, 3 pihak terlibat secara langsung dalam jalinan interaksi iaitu pihak pentadbir, guru dan murid.
- Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, komuniti dalam masyarakat.
- Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
-Contohnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik dan gender.
-Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid.
-Situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan bagi interaksi dalam sekolah. Contohnya, pengetua haruslah mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru begitu juga sebaliknya.


HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK LUAR SEKOLAH

-Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan ibu bapa, penjaga, komuniti dalam masyarakat.
-Pengetua perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah dan dibantu guru-guru lain di sekolah.
-Interaksi dalam PIBG dapat membantu menjayakan program yang dijalankan di sekolah.



PERKONGSIAN PINTAR

Hubungan 3 dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
- mencapai maklumat atau objektif yang sama.
-gabungan startegik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat
-perlu ada hubungan yang mantap

MATLAMAT PERKONGSIAN

-sekolah sebagai institusi sosial tidak wujud bersendirian.
-sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham)
-memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dengan masyarakat dalam mengatasinya.

KEPENTINGAN PERKONGSIAN

-Masyarakat dan sekolah saling memerlukan
- Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
-Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga.
-Budaya adalah hak masyarakat

HUBUNGAN SEKOLAH DAN IBU BAPA (PIBG)
  • ibu bapa merupakan role model kepada anak
  • salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah orang tengah antara guru dan ibu bapa.
  • tindakan PIBG membela nasib guru
  • hubungan yang mesra mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru
  • perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi
  • kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu alukan
  • penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar
  • PIBG adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sekolah
  • pengurusan PIBG di sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah
  • pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang
  • pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan
  • menambah dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan
  • satu startegi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.
RUMUSAN

Kesimpulannya, PIBG memainkan peranan yang penting dalam sesebuah sekolah. Hubungan yang erat diantara sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk menjamin kelangsungan hubungan yang harmoni. Ia juga dapat meningkatkan nama dan prestasi sesebuah sekolah kerana berjaya melahirkan murid yang cemerlang. Dengan adanya hubungan yang mesra ini, antara ibu bapa dan masyarakat sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bermutu dan berjaya mengharumkan nama sekolah. Mereka perlulah bersama-sama berganding bahu agar objektif yang ditetapkan tercapai.

RUJUKAN

-Zahari Suppian, sekolah dan persekitaran, 2019, Nota KPS3014
-https://www.academia.edu/4872092/Peranan_dan_Tanggungjawab_Sekolah_Terhadap_Masyarakat
https://www.academia.edu/31692754/A_8_PENGARUH_PERSEKITARAN_FIZIKAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN

No comments:

Post a Comment