Menurut (Bosch, 2006). pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah. Mok Soon Sang (2011) menyatakan pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya di mana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses PdPc agar objektif yang ditetapkan tercapai. Noraini Idris (2009) pula menyatakan pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap bertanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri.
ISI-ISI PENTING
PERANAN GURU DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF.
A)Kedudukan meja pelajar
- Meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. dikedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan di pintu darjah.
- Penyusunan kerusi meja dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal dan ditentukan oleh guru kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin kerana ada pelajar yang tidak boleh bekerja dalam kumpulan.
B)Alat bantu mengajar
- Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihat dengan mudah.
- guru harus membimbing murid meneliti perkara-perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta memperoleh hasil pembelajaran yang ditetapkan.
- Cara ini boleh meningkatkan minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.
C)Papan kenyataan
- Papan kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi.
- Setiap papan kenyataan sudut mata pelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting.
- Guru hen daklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran keoada beberapa kumpulan pelajar untuk mereka memenuhkan papan kenyataan tersebut.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini seorang individu berinteraksi dengan individu lain atau bahan-bahaqn di dalam perekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain dalam bilik darjah.
Terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:
-Interaksi sehala- interkaksi sehala daripada guru kepada murid.
-Interaksi dua hala- interaksi dua hala antara guru dengan murid dengan murid atau murid dengan murid.
-Interaksi pelbagai hala- interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan guru.
PENGURUSAN DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
Disiplin dalam bilik darjah penting kerana salah satu unsur utama kejayaan dalam proses pembelajaran. Menurut Lindgre (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman atau kawalan untuk mematuhi tatatertib. Menurut Oliva (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti keadaan bilik darjah yang teratur.
PUNCA DISIPLIN
- Kebosanan- guru gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.
- Pengurusan lemah- penyediaan guru yang lemah seperti bahan bantu visual guru yang bermasalah atau guru tiada pengalaman mengendalikan alat bantu, terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pelajaran.
- Tahap kesukaran- pelajar mengalami kesukaran menyipkan tugas mungkin kerana terlalu sukar, kurang jelas, dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai.
- Keliru- pelajar keliru dengan penjelasan guru, guru memberi penerangan tidak begitu jelas tentang apa yang ingin diajar.
- Keyakinan- harga kendiri akademik rendah dimana pelajar akan kurang yakin pada diri sendiri.
JENIS-JENIS DISIPLIN
a) Disiplin antara guru
Bertanggungjawab menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikan pelajar mematuhi peraturan. Melalui disiplin antara guru, guru mempunyai kuasa mutlak atas kawalan, arahan pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan yang ditetapkan.
b) Disiplin arahan kerja
Diwujudkan apabila sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri.
c) Disiplin arahan kumpulan
Disiplin yang diwujudkan antara ahli berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayan ahli-ahli. Oleh itu tingkah laku pelajar ikawal semasa interaksi antara rakan. Guru pelu memberi bimbingan kepada ketua kumpulan supaya nilai dan kepercayaan disemai dalam ahli kumpulan.
d) Disiplin Arahan diri
Yang melibatkan diri pelajar bagi mematuhi peraturan. Biasanya wujud secara tak sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir secara rasional. Boleh juga dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan peraturan, hormat-menghormati, timbang rasa, toleransi dan kejersama.
RUMUSAN
Keimpulannya, guru perlulah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah dan cara menguruskan supaya kita dapat membina organisai di dalam kelas dengan baik. Guru juga harus bijak dalam memikirkan cara mengatasi masalah disiplin yang pelbagai yang berlaku dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu mengetahui tahap pencapaian murid agar PdPc yang disampaikan berkesan.
RUJUKAN
-Zahari Supian, Bab 6 Pengurusan bilik darjah, (2019), nota KPS3014.
-https://www.slideshare.net/AiisyAfifah/pengurusan-bilik-darjah-kps-3014
-http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf
-http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf
No comments:
Post a Comment