Tuesday, 9 April 2019

TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Interaksi merupakan proses yang berlaku sepanjang proses PdPc berlangsung. Interaksi membawa maksud suatu perhubungan yang aktif antara satu sama lain sama ada melibatkan dua atau beberapa pihak. Menurut (Murphy & Alexander 2006), Pembelajaran pula adalah satu proses seorang pelajar memahami suatu kefahaman atau satu konsep yang dipelajari itu.

ISI-ISI PENTING

Interaksi dalam bilik darjah

  • Interaksi bermaksud saling bertindak dengan melibatkan dua pihak atau lebih.
  • Guru perlu menggalakkan interaksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses PdPc dijalankan.
  • Interaksi dalam bilik darjah terdapat dalam dua bentuk iaitu bentuk lisan dan bukan lisan.

Jenis interaksi dalam bilik darjah
* terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah:
  • Pelajar dipaksa untuk menerima segala ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru.
  • Guru ini menggunakan pendekatan autoritarian iaitu pelajar tiada kuasa untuk berinteraksi dengan pelajar lain di dalam kelas.
Interaksi dua hala
  • Interaksi menjadi dua hala apabila guu bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab.
  • Interaksi antara rakan sebaya TIADA
  • Interaksi pasif seperti ini akan menyebabkan pelajar menjadi bosan dan rimas keran mereka perlu memasukkan banyak fakta dalam minda mereka.
Interaksi kumpulan
  • Bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam PdPc.
  • Kerja berkumpulan diwujudkan sepaya pelajar dapat berinteraksi dengan sesama mereka dalam sesi perbincangan.
Interaksi antara kumpulan
  • Selepas berbincang dalam kumpulan, sesi pembentangan boleh dilakukan.
  • Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.

INTERAKSI SOSIAL

  • Istilah sosial adalah konotasi kepada sesuatu perlakuan (behaviour) dalam sesuatu komuniti.
  • Kamus dewan mendifinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, ia juga merujuk persahabatan, pergaulan dan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
  • Dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan.
  • bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dan kerjasama yang maksimum antara pelajar.
  • Strategi pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk mewujudkan interaksi sosial.
Komunikasi
  • Komunikasi (communication= Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat)
  • Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunkan satu bahasa.
  • Menurut kamus dewan, komunikasi bermaksud interkasi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan diantara anggota-anggota masyarakat (Effendy 1989:184).
  • Individu, emosi, perlakuan dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan individu lain melalui proses interkasi dalam keidupan sosial mereka. Mereka menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata (Mead 1934).
BENTUK KOMUNIKASI
terbahagi kepada:

  • komunikasi lisan (oral communication)
    - bahasa, intonasi suara, dialek
  • komunikasi tanpa lisan- gerak isyarat cth: senyuman, genggaman tangan, eye contact
  • komunikasi persuratan
  • komunikasi visual
  • komunikasi isyarat
  • komunikasi wahyu

TAHAP KOMUNIKASI

  • komunikasi Intraperibadi
  • komunikasi anatar peribadi
  • komunikasi kumpulan kecil
  • komunikasi kumpulan besar
  • komunikasi keorganisasian + komunikasi antaraperibadi

HALANGAN KOMUNIKASI

  • Sikap penyampai dan pendengar
  • suasana persekitaran
  • jarak
  • bahasa yang tak jelas
  • persepsi
  • emosi
  • kekurangan kemahiran menulis
  • kurang persefahaman
  • kekurangan kemahiran mendengar
Kemahiran Memberi Perhatian
- mendengar dengan aktif
- menumpukan sepenuh perhatian dengan peretmbungan mata
- mata tak liar ke sana ke mari, tidak kerap melihat jam atau meninjau-ninjau keluar.
-duduk ke hadapan sedikit mengahdap orang bercakap
-memberi maklum balas lisan atau bukan lisan yang positif

Kemahiran Mendengar
- mendengar adalah asas penting dalam komunikasi lisan.
- bantu pengumpulan maklumata atau mesej dan memperbaiki kefahaman tentang kelakuan orang lain.
-mendengar yang dimaksudkan ialah kemahiran mendengar secara aktif dan komprehensif yang melibatkan beberapa deria yang utama iaitu telinga, mata, mulut dan hati.

Halangan semasa mendengar
-keadaan yang tidak sesuai seperti cuaca, bising
-keadaan kesihatan diri
-kutip maklumat yang anda gematr sahaja
-prasangka
-terlalu panjang
-tidak bersetuju

Kemahiran Pemerhatian
  • pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau tersembunyi.
  • seorang pendengar pemerhati yang mahir dapat melihat dan membaca apa yang ada di dalam perasaan seseorang
  • gambaran mimik muka adalah yang paling hampir dengan perasaan
  • gambaran air muka yang bersahaja atau air muka yang berubah secara tiba-tiba boleh memberikan mesej dengan baik.
Kemahiran Mengemukakan Soalan
  • soalan digunakan bagi mendaptkan maklum balas
  • kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklum balas yang tepat

3 JENIS SOALAN

Soalan tertutup
-memrlukan jawapan pendek ya atau tidak
-tidak membawa banyak maklumat
-membataskan perbincangan

Soalan terpimpin
-mempengaruhi pendapat atau perasaan penerima
-supaya sependapat dengan penghantar

Soalan terbuka
-memerlukan penerima memberikan pandangan atau perasaan
-memungkinkan perbincangan lebih lanjut


Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan
- kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk mendapatkan mesej yang tepat
-menggunakan kaedah merumus dan mengulangi apa yang dikatakan dalam ayat sendiri.
-tujuan bagi mendapatkan kesahihan mengenai kefahaman seolah olah menyelami perasaan mereka.

Kemahiran Memberi Maklum Balas
-maklum balas hendaklah diberi dengan jelas supaya tindakan diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi memperbaiki ketepatan mesej.
-perkara yang penting:
*jelas dan tepat
*tak bersifat abstrak
*tidak menyentuh peribadi individu
*tidak bersifat menghentam
*tidak bangkitkan motif seseorang

KESIMPULAN

Interaksi dalam PdPc adalah hubungan timbal balik antara pelajar dan guru. Dengan adanya interaksi yang tinggi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan guru. Interaksi antara pelajar dan guru sangat penting untuk menilai tahap kefahaman seseorang murid berkaitan sesuatu tajuk. Hal ini mengakibatkan suasana kelas menjadi aktif dan kondusif. 

RUJUKAN

Zahari Suppian (2019) interaksi dalam pembelajaran, nota KPS3014
https://www.researchgate.net/publication/311807343_KESESUAIAN_PERSEKITARAN_PEMBELAJARAN_INTERAKSI_GURU-PELAJAR_KOMITMEN_BELAJAR_DAN_KESELESAAN_PEMBELAJARAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_BIOLOGI





No comments:

Post a Comment