Saturday, 13 April 2019

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya seperti memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar sebelum dapat digunakan di dalam bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaina profesional guru. Penggunaan sember pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapau tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan. Menurut Dessler (1997) telah mentarifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

Kepentingan sumber

1. Media komunikasi
  • komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat.
  • disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
  • guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima
2. Sebagai rangsangan
  • murid lebih minat belajar
  • bahan sebagai rangsangan utama murid
  • memahami sesuatu dengan lebih mendalam
  • tumpuan murid lebih kepada perkara yang menarik bermakna dan penting.
3. Penjelasan makna dan konsep
  • dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
  • boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
  • seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar seperti  radio dan televisyen.
  • mengembangkan corak pemikiran murid 
4. Penggerak penggunaan pelbagai media
  • Melibatkan pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. 
  • guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria boleh digunakan
  • Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran.
5. Sumber pengalaman
  • memberi pengalaman langsung dan tak langsung
  • pengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran
  • lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yang diperoleh
  • untuk memastikan apa yang diajar kekal lama dalam ingatan murid
Jenis Sumber Pembelajaran

1. Sumber asas- papan tulis, buku teks dan guru sendiri sebagai model.
2. Sumber bukan elektronik- model, patung, gambar, lukisan, carta, gambar rajah, graf, poster dan kartun
3. Sumber elektronik- Slaid, radio, televisyen, video, projektor, pembesar suara dan lain-lain.
4. Sumber pengalaman- Lakonan, lawatan, projek, pameran dan bahan alam sekitar.

Obejektif pusat sumber
  • membantu pelaksanaan proses PdPc berkesan
  • memupuk kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat
  • memupuk minat membaca dan belajar sendiri melalui sumber dalam kalangan murid
  • memupuk keyakinan diri murid
Fungsi pusat sumber sekolah
  • mengumpul bahan pembelajaran menerusi pembelian atau barangan terpakai
  • mengorganisai bahan-bahan pembelajaran secara sistematik
  • menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS.
  • memberi panduan, bimbingan dan nasihat penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan.
Jenis perkhidmatan pusat sumber sekolah
  • perkhidmatan perpustakaan
  • perkhidmatan radio, TV pendidikan dan bilik tayang
  • perkhidmatan bahan bantu mengajar
  • perkhidmatan fotografi
  • perkhidmatan percetakan
  • perkhdimatan internet
  • perkhidmatan rakaman
Ciri-ciri pusat sumber sekolah berkesan
  • wujud pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
  • perkhidmatan dan koleksi bahan digunakan dalam proses PdPc
  • Lokasi di tengah kawasan sekolah
  • mempunyai koleksi yang sesuai dan mencukupi untuk dijadikan rujukan
  • warga sekolah faham peranan PSS
  • warga sekolah suka sewaktu menggunakan PSS dan berasa selesa.
RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap PdPc yang berlaku. Dengan adanya maklumat btambahan yang boleh didapatkan dalam PSS, murid boleh menambah ilmu pengetahuan dalam pelajaran.  Pengurusan sumber merupakan salah satu perkara penting dalam pengurusan pembelajaran kerana ianya juga merupakan antar alat bantuan dalam pembelajaran.

RUJUKAN

-Zahari Suppian, Pengurusan sumber pembelajaran, (2019) nota KPS3014.
-https://www.academia.edu/24615615/Slide_kps_pengurusan_sumber_



No comments:

Post a Comment