Monday, 8 April 2019

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798-1857) dalam bukunya positive Philosophy (1842). Sosiologi berasal daripada perkataan latin iaitu 'sosio' yang bermaksud 'berkongsi'. Istilah ini juga merupakan gabungan antara perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud 'pengetahuan ,mengenai masyarakat'. 
Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798-1857) dalam bukunya positive Philosophy (1842). Menurut Tisher, Whitten dan Hunter (1983), sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.

ISI-ISI PENTING

Terdapat tiga isi penting yang terkandung dalam tajuk ini ialah:

a) Teori Fungsionalisme

- Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
- Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan  yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat.
- Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi yang tersendiri.
- Teori ini lebih tertumpu kepada struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam disiplin sains tulen.
- Masyarakat diibaratkan seperti organisma yang mempunyai bahagian dikenali sebagai sturktur.
- Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian sesebuah masyarakat.
- Ahli fungsionalisme mempunyai 3 andaian (Brinkerhoff & White, 1989):
  • Stabiliti iaitu kriteria penilaian untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
  • Harmoni iaitu bagaimana semua struktur masyarakat bekerjasama mencapai tujuannya.
  • Evolusi iaitu perubahan dalam masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
- Teori ini menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan (Teori Konsensus)

b) Teori Konflik

- Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
- Menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
- Berlaku konflik dalam struktur masyarakat.
- Mengkritik kapitalisme
- Menimbulkan persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi , pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.


c) Teori Interaksionisme Simbolik

- Teori ini dipelopori oleh George Herbert Mead tahun 1863-1931.
- Berdasarkan teori ini, bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak mengikut kehendak mereka sendiri dalam sebuah masyarakat dikaji.
- Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
- Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
- Mengkaji kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya.
- Makna yang simbolik sangat berguna semasa interkasi menyebabkan hubunga bertambah mesra seperti perkataan, perlakuan, objek, dan bahasa.
- Makna adalah sesuatu yang dirundingkan.
- Dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar, interkasi sosial amat penting.
- Dengan adanya jalinan interaksi dan aksi maka terbentuknya kumpulan masyarakat.

RUMUSAN


Dapat saya rumuskan di sini, terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori yang disenaraikan. Melalui perbandingan yang boleh saya berikan, ahli-ahli fungsionalisme dan konflik mengutamakan perkara seperti bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan bagaimana perubahan sosial berlaku. Sebaliknya, ahli-ahli teori interaksionisme simbolik perkara yang diutamakan ialahh proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial. Dengan erti kata lain, penganalisian tokoh-tokoh ini berbeza daripada aspek makro dan mikro.

RUJUKAN
  • https://www.academia.edu/5006127/BAB_1_PENGENALAN_SOSIOLOGI_PENDIDIKAN
  • Amir Hasan Dawi (2002) penteorian sosiologi dan pendidikan (edisi kedua). Tanjung Malim: Quantum Books.
  • http://ocw.utm.my/file.php/151/Topik_1_Pengenalan_Sosio_Pendidikan.pdf



No comments:

Post a Comment