Monday, 15 April 2019

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktivit-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan memberikan maklum balas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif dapat dicapai melaui proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Tujuan merancang sesuatu pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tak membosankan.

ISI-ISI PENTING

PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR
  • penulisan persediaan mengajar
  • persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar
  • persediaan bahan pengajaran
  • persediaan perlatan pengajaran
  • persediaan ruang pengajaran
  • persediaan kemahiran dalam pengajaran

OBJEKTIF PENGAJARAN

1) Objektif implisit (umum/am)
-kata kerja domain kognitif
-kata kerja domain afektif
-kata kerja domain psikomotor

2) Objektif eksplisit (khusus/khas)
-kata kerja domain kognitif
-kata kerja domain afektif
-kata kerja domain psikomotor


BUKU REKOD MENGAJAR

Guru yang mengajar mata pelajaran wajib merekod semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod mengajar. Buku ini menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi rancangan pelajaran tahuanan, rancangan pelajaran harian.



PELAKSANAAN PdPc

-set induksi
-penyampaian isi
-penutup


REFLEKSI PENGAJARAN

Refleksi atau muhasabah dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran. Kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang. Antara aspek refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid, dan keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

KAJIAN TINDAKAN

Guru-guru seharusnya sentiasa bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran demi meningkatkan prestasi mereka. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan kajian tindakan terhadap keberkesanan aktivititi PdPc. Kajian tindakan boleh dijadikan sebagai cara "to investigate questions about their practice and develop workable solutions that improve learning by all" (McNiff, Lomax, & Whitehead, 1996). Kajian tindakan yang dilakukan bukanlah bertujuan membuat generalisasi melainkan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan (Lomax & Zoe 1995). Tujuan kajian tindakan ialah sebagai renungan atau refleksi kepada aktiviti yang sedia ada dan amat tertumpu kepada penyelesaian masalah di bilik darjah.

EMPAT PERINGKAT KAJIAN TINDAKAN

PERINGKAT 1- TINJAUAN
PERINGKAT 2- PERANCANAGAN
PERINGKAT 3-PELAKSANAAN
PERINGKAT 4- RENUNGAN


RUMUSAN

Pengurusan alam pembelajaran amat penting untuk dititiberatkan kepada para gurur agar minat para pelajar utuk belahar dapat dipupuk dengan mudah dan berkesan. Secara tak langsung pemindahan maklumat akan berjalan dengan baik dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. Oleh itu, terbuktilah pengurusan dalam kelas penting kerana ianya dapat membantu kelangsungan proses pPdPc. Hal ini dapat mengurangkan malsah yang timbul.


RUJUKAN

-Zahari Suppian, pengurusan alam pembelajaran, 2019. nota KPS3014
-http://eprints.utm.my/id/eprint/31564/5/HasfarinaAbasMFP2012.pdf
-http://library.oum.edu.my/repository/725/2/Chapter_1.pdf

No comments:

Post a Comment