Sunday, 14 April 2019

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


PENGENALAN

Kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya adalah amat penting dalam menguruskan sekolah kerana pengurusan pelbagai budaya mampu memberikan implikasi kepada semua warga sekolah. Pengurusan pelbagai budaya penting dalam memastikan guru dan pelajar menambah ilmu pengetahuan , amalan profesion keguruan meningkat dan produktiviti bertambah. Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).

ISI-ISI PENTING

TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA

a) Melting pot 1: Anglo Conformity

  • masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaiytu kumpulan majoriti dan mminoriti. Contohnya, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut  agama golongan majoriti.
b) Melting pot 2: Synthesis
  • setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang , disatukan dalam satu wadah dan seterusnya membentuk wadah baru dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota msyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat.
c)Cultural Pluralism: Mosaic analogy
  • masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks,1989). pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau startegi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui bahaa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997). Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap.

TIGA ASPEK YANG DAPAT DILIHAT DALAM PENDIDIKAN BUDAYA

-aspek konsep
-aspek gerakan
-aspek proses

DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

a) Content integration
b) The knowledge construction process
c)An equity pedagody
d) Prejudice reduction
e) An empowering school culture and society

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN

Pendidikan pelbagai budaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses (Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan pelbagai budaya mencuba untuk mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar dari golongan, kaum, sosio ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolaah agar ia dapat menunjukkan kepelbagaian budaya dan golongan dalam sekolah dan sosial.

CONTOH BUDAYA DI SEKOLAH
-budaya belajar
-budaya berpakaian
-budaya hormat menghormati
-budaya berani menyoal
-budaya membaca
-budaya penyayang

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU
  • Guru boleh menjadi agen yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya dengan menggunakan budaya dari kaum masing-masing di mana mengajarkan tentang budaya kepada semua pelajar.
  • seorang guru juga kana lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya dengan mengamalkan sikap tidak berprasangka atau prejudis serta berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat.
PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH 

-kelab rukun negara
-kem perpaduan
-program silang budaya
-kelab bahasa ke3


RUMUSAN

Kesimpulannya, dalam bab 11 ini, pengurusan pelbagai budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dlam masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Oleh itu, hubungan yang lebih erat dan harmoni dapat diwujudkan semasa proses interaksi. Dalam bab ini juga menceritakan bagaimana fungsi budaya dalam pendidikan dan bagaimana perkaitan pendidikan dan budaya yang mampu memberi kesan kepada murid-murid. Seterusnya tentang bagaimana budaya mampu mewujudkan keharmoniaan di sekolah mahupun dalam masyarakat.


RUJUKAN

-Zahari Suppian, Pengurusan pelbagai budaya, 2019, nota KPS3014
-http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=73569
-https://www.moe.gov.my/index.php/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/1326-jurnal-penyelidikan-pendidikan-2017-jilid-18/file

No comments:

Post a Comment